Want your
own Fotopage?









 
arfah's FotoPage

By: arfah esahak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  >  >>]    [Archive]
Thursday, 24-May-2007 07:56 Email | Share | | Bookmark

http://3.UploadMirror.com/uploaded/3/449/glitter_maker_05_24_2007_03_02_11_23514.gif[/IMG][/URL]



Care to comment?


Tuesday, 22-May-2007 01:05 Email | Share | | Bookmark
My lil' Boy Injured

Cian baby Mama
Berair mata sebab sakit
Dapat balloon pun tak hepi
View all 5 photos...


This incident happened last sunday. Kesian baby mama, dia jatuh dari kerusi kat klinik masa tengah tunggu turn nak jumpa doktor. Actually mama bawak Rayyan pegi jumpa doktor pagi tu sebab dia batuk. Tapi lain pulak jadiknya.

Mula-mula tu ingat tak de apa-apa, sebab kerusi tu pun tak delah tinggi sangat. Tapi mama & papa jadik pelik & risau sebab Rayyan menangis non stop. Dia cuma berhenti nangis masa tido jer. Bangun tido petang tu dia start nangis semula. Mama jadik bertambah2 suspen sebab Rayyan langsung tak nak bergerak lepas jatuh tu. Dia cuma nak baring je . Mama rasa sedih sangat bila tengok baby mama ni tak aktif cam biasa . Ni tak boleh jadik ni. So petang tu mama ajak papa pegi hospital. Kitorang pegi hospital Putrajaya. Ya Allah..menunggu giliran Rayyan punyalah lama, 3 jam lebih. Bila tiba turn Rayyan, doktor suruh X-Ray sebab doktor tengok Rayyan tak nak gerakkan tangan kanannya. Bila tengok resultnya, memang sah tulang kat bahu Rayyan patah.

Lepas X-Ray, doktor kata boleh balik. Doktor tak buat apa-apa pun cuma bagi paracetamol jer dan appoinment utk jumpa pakar tulang sebulan lagi . Doktor kata budak kecik, tulangnya boleh sembuh sendiri. Tapi takkanlah mama nak biarkan aje. Tak kan nak tunggu lagi sebulan utk jumpa pakar tulang tu. Conditon Rayyan lak masih sama, dia masih tak nak kalau orang gerak-gerakkan dia. Mama & papa memang rasa sedih sangat tengok keadaan Rayyan camtu.

Lepas tanya sana sini, akhirnya kami ambil keputusan untuk bawak Rayyan gi jumpa Haji Baharuddin kat Keramat. Abah yang tahu tempat ni. So hari Isnin mama EL, papa lak keja half day. Petang tu kami ke Keramat, Abah yang tolong bawakkan kami ke sana. Pak cik ni memang terkenal boleh mengubatkan orang patah tulang, terseliuh dan macam-macamlah. Ni first time mama pegi berubat cara tradisional. Masa kami sampai tu tak ramai sangat orang tapi lama gak kami menunggu giliran sebab purata pak cik ni mengubatkan sorang ialah sejam. Kalau ikutkan mungkin malam baru tiba giliran kami. Nasib baiklah ada sepasang suami isteri yang kesian bila tengokkan keadaan Rayyan yang asik merengek jer, mereka pun beri kami giliran mereka. Mama ucapkan terima kasih bebanyak kat pasangan suami isteri ni. Pak cik ni tak delah buat apa-apa sangat kat Rayyan, dia sekadar pegang bahu Rayyan & baca ayat-ayat suci, itu aje. Tapi dengan kuasa Allah, masa kat dalam kereta Rayyan dah mula tunjukkan perubahan. Dia dah start bergerak dan boleh berjoget bila dengo lagu. Bila sampai rumah, dia dah boleh merangkak & membusy seperti biasa . Ya Allah, happy sangat mama & papa bila tengok Rayyan dah macam sedia kala. Dah bergerak & membusy2.

Mama dan papa ucapkan terima kasih sangat-sangat pada Haji Baharuddin yang mengubatkan Rayyan, juga pada Abah yang tolong bawak kami ke sana dan juga kepada saudara mara & kawan-kawan yang tak putus-putus menanyakan kabar Rayyan.

Tapi dalam masa yang sama, mama rasa geram sangat sebab ada suara-suara sumbang yang sedap aja mengata mama tak jaga anak Kalau tak tahu apa-apa, jangan pandai-pandai nak bercakap. Nanti kalau kena kat batang hidung sendiri baru tahu.

Sekarang ni mama rasa lega sangat sebab Rayyan dah beransur pulih. Kalau nak tunggu appoinment kat Putrajaya tu bulan depan, tak tahulah camna agaknya.

alaaahai.. kesiannya Rayyan... hehehe.. tapi biasalaa bebudak.. dan pasal orang ngata tu.. alaaa.. pekakkan telinga jer Rfah.. ada pulak kita nak anak kita jatuh.. anak kucing kalau jatuh depan mata pun kita sanggup tolong sambut.. ni kan pulak anak sendiri... biasa laa mulut orang.. buat tak tau sudah.. janji anak kita sihat dan kita tau apa yang kita buat.. insyaAllah...dan dah elok pulak tu ekk.. bila jumpa ngan Pak Haji tu.. tapi kena bawak gi jumpa jugak pakar tau.. bila sampai appointment dia... don't worry.. cepat baik dia tu.. mcm doc kata.. bebudak lebih cepat sembuh dari kita yang dah beransur ni.. Thu 31-May-2007 14:42
Posted by:mamazieza
Adatlah kan Mamazieza, ada orang memang betul-betul kesian bila kita ditimpa kesusahan tapi ada orang suka bila tengok orang lain susah. Memang nak bawak Rayyan jumpa doktor masa hari appoinment tu nanti. Nak tahu gak resultnya nanti. Apa-apa pun thanks yer Mamazieza yang sentiasa prihatin. Tue 5-Jun-2007 01:13
Posted by:Rfah  - [Link]
Add comment


Tuesday, 15-May-2007 03:27 Email | Share | | Bookmark
Rayyan & Dinie Di SJMC

Supaya tak boring
mama bagi Rayyan
makan biskut dulu...
View all 11 photos...

Rayyan dan Dinie menghiburkan hati sementara menunggu giliran.

Satu lagi back dated entry . Hari Sabtu ari tu, lepas anto Marissa pegi tae kwon do, papa anto Mama, Dinie & Rayyan ke SJMC lak. Papa lepas anto jer terus pegi sek. Marissa sebab nak temankan dia. Rayyan sepatutnya amik injection untuk setahun ni minggu lepas tapi disebabkan demam so minggu nilah baru boleh inject. Walau pun kami sampai awal, dalam pukul 10 lebih..consider awal ler tu tapi mama dapat no 19...adoi lama sik nak kena menunggu tu..nasib baik bukan no 29...kalau tak..harus meroyan mama dibuatnya.

Lepas register jer, terus mama bawak dua beradik ni gi cafe. Mama setiap kali datang SJMC memang sengaja tak breakfast kat rumah. So sementara menunggu giliran, mama turun breakfast dulu. Jadik tak ler terasa lama sangat menunggu. Lepas makan, kitorang ronda-ronda dulu kat bawah. Saja..supaya tak boring sangat.

Ari ni mama tak bawak Kak Emi pun, tapi nasib baiklah 2 beradik ni ok je, tak buat perangai. Tapi jenuh gak le sementara nak menanti giliran si Rayyan ni. Terpaksalah mama mengkreatifkan diri melayan dak kecik ni supaya dia tak boring. Pukul 12 lebih baru dapat jumpa Dr.Sofiah. Seperti biasa, Rayyan bab jumpa doktor ni memang sahlah ...hilang terus ke..machoannya . Melalak tak hengat


Kita makan biskut duluuuuu

Kenapa muka dak kecik tu kerek je? Nak kena gigit dgn Auntie Ngah baru dia tau... Tue 15-May-2007 07:14
Posted by:Auntie Ngah
Jgn Auntie Ngah...silap-silap kang Auntie Ngah yang kena gigit dgn dia. Skang ni pantang lepas..abis digigitnya siku..lutut..muka kitorg Tue 15-May-2007 07:42
Posted by:Rfah  - [Link]
alahai comelnyaaaa dia makan semekut...
baisalah budak2 jumpa doktor..hilang kemachoannya....
Thu 17-May-2007 14:03
Posted by:hanieliza  - [Link]
Add comment


Sunday, 13-May-2007 10:32 Email | Share | | Bookmark
Happy Mother's Day

 
To my dearest Ibu..HAPPY MOTHER'S DAY IBU...THANK YOU FOR EVERYTHING & I LOVE U SOOOOO MUCH. Tak lupa juga HAPPY MOTHER'S DAY TO MA.


Kakak ...tengok mama dah letak gambo bunya yang kakak bagi mama ni . Thanks yer sayang.


Selalunya setiap kali tiba Mother's Day, mama yang akan lafazkan ucapan ni kepada Ibu Tok. Tapi 3 tahun kebelakangan ni, semenjak Marissa & Dinie sekolah ..diorang pulak yang dah pandai wish mama dan siap buat kad lagi. Tahun ni, awal-awal lagi Marissa dah hadiahkan mama bunga . Yang kelakornya, sehari sebelum dia bagi bunga tu...dia siap beritahu yang dia ada suprise untuk mama...dia nak belikan mama bunga . Dinie pulak buat lukisan komputer kat sek. untuk mama. Tapi muka mama tu..cam muka Mrs Rajah lah yang . Rasanya Dinie dari pagi sampai malam dok datang kat mama..peluk..kiss & wish Happy Mother's Day kat mama . Thanks lah yer to both my lil' girls yang ingatkan ari yg special ni & thanks to papa yang siap kunci jam pukul 12 mlm utk wish mama

Care to comment?


Friday, 11-May-2007 08:41 Email | Share | | Bookmark
Makaroni Stew

 


Makaroni Stew ni merupakan antara menu feveret papa. Ni sebenarnya resepi Aunty Ina. Mula-mula makan dulu mama tak berapa suka tapi bila dah selalu jadi ok pulak. Aunty Ina selalu masak stew ni kalau kitorang pegi rumah dia. Papa pun suka sangat so mama dengan muka tak malunya mintaklah resepi ni. Stew ni best makan panas-panas tapi ia tak sesuai untuk orang-orang yang tak berapa gemar rasa tomato . Ari tu masa buat stew ini, kentang lak dah abis so tak berapa meriah ler rupa stew mama tu . Aunty Ngah kalau teringin nak buat nilah resepinya yer

Makaroni Stew

A (ditumbuk)
Halia (satu inci)
5 ulas bawang putih

B (ditumbuk)
1 sudu besar jintan manis
½ sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar

C (Potong kecil )
Sebatang carrot
2 biji kentang

1 biji bawang besar (dihiris bulat)
½ kilo daging (potong kecil & rebus)
1 tin tomato puri
1 tin condensed soup – Big Red Tomato Heinz
2 ketul beef cubed
Sebiji tomato (dipotong wedges)
Garam & Gula

1 peket Makaroni (direbus - nak best pakai ler macaroni San Remo sbb saiznya beso)

Cara-caranya
Panaskan minyak & kemudian tumiskan bahan A sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula bahan B dan bawang besar yang dah dihiris tadi. Tumis seketika dan seterusnya masuk tomato puri. Setelah itu masukkan pula daging dan air rebusannya. Biarkan seketika, seterusnya masukkan pula Big Red Tomato Heinz , bahan-bahan C & beef cubed. Jangan lupa, garam dan gula mengikut kesesuaian tekak memasing. Bila agak-agak nak masak bolehlah diletak tomato yang dah dipotong tadi. Bila dah masak, tuangkan kuah stew ini pada makaroni yang dah direbus (agak-agak banyak mana kita nak makanlah).


Best nya macaroni tu, terus auntie jadi lapar ni Fri 11-May-2007 06:21
Posted by:umi-kal nasution  - [Link]
Stew tu kalau makan panas-panas best Aunty tapi stew ni tak sesuai utk org2 yang tak minat rasa tomato. Fri 11-May-2007 07:03
Posted by:Rfah  - [Link]
Add comment


Thursday, 10-May-2007 02:29 Email | Share | | Bookmark
Rayyan & Telur Gorengnya..

Gaya Kelas 1 - Telur goreng atas kepala
Gaya Kelas 2 - Telur goreng masih di atas kepala
Gaya Kelas 3 - Telur goreng kat mulut
View all 4 photos...

Seronok betul si Rayyan, malam semalam mama busy mengajor Marissa kat bawah..dia lak sibuk mengaktifkan diri membuat macam-macam projek dalam bilik . Patutlah dari bawah mama dengor bukan main bising lagi kat atas tu . Rupa-rupanya dak kecik ni tengah 'mengemas' bilik mama . Dia memang bahagia kalau dibiarkan buat aktiviti bebas camni .


Thanks Rinnchan for visiting my fp . Tulah dia hero saya yang suka buat macam-macam aksi . Fri 11-May-2007 00:36
Posted by:Rfah  - [Link]
missnyer kat dak comel ni... huhu...homesick..cpt la oct... nak balek... Fri 11-May-2007 21:03
Posted by:een eenez@yahoo.com
Sabo2 Aunty Een...Oct tu tak lama...pejam celik..pejam celik jer...kitorg kat sini pun rinduuuuuuu sgt kat Aunty Een Mon 14-May-2007 00:56
Posted by:Rfah  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 9-May-2007 14:15 Email | Share | | Bookmark
HAPPY ANNIVERSARY DARLING

Hari ni wedding anniversary kami yang ke 9. HAPPY ANNIVERSARY DARLING How time flies so fastkan, sekejap je dah 9 tahun. Mama doa semoga kebahagiaan kita ni akan berkekalan sampai ke akhir hayat ye darling Mama tak reti nak letak gambo-gambo canggih kat fotopages ni almaklumlah...saya budak baru belajo .


Care to comment?


Wednesday, 9-May-2007 05:00 Email | Share | | Bookmark
Elham's Birthday Party

King Elham diraikan
Tengah makan pun sempat posing yer..
Dinie pun sporting, main gak..
View all 8 photos...

Ni back dated entry, birthday party ni sebenarnya 1st May ari tu. Tengoklah, King Elham gumbira diraikan oleh kawan-kawan dan saudara mara .



Seronok bebudak ni, lepas makan main games pulak. Ada satu games tu kakak menang...cayalah kakak



Ni masa kat Toys R Us Subang Parade, before pegi birthday party mama singgah sini dulu belikan hadiah Elham.

Care to comment?


Tuesday, 8-May-2007 03:20 Email | Share | | Bookmark
Rayyan Demam...

Walau pun demam sempat lagi membusy:)
Mama...do not disturb ok...Rayyan busy ni....
Sian Rayyan..ingatkan demam biasa je. Rupa-rupanya tonsil bengkak. Hai...like father like son lah yer, papa pun ada tonsil gak. Mama doakan Rayyan cepat sihat yer...sian handsome boy mama, dahlah dia tak berapa suka minum susu...kena tonsil ni lagi tak lalu minum .

Sian Rayyan.. tapi kalau bengkak tonsil dia mengecut semula selepas demam no hal... kalau tidak mama Rayyan kena bawak gi specialist laaa.. Anak mama pun baru lepas operation tonsil .. sebab tak nak mengecut dan mengganggu penafasan... tapikan usually.. selalunya.. budak2 memang selalu kena tonsil bengkak ni bila demam.... Tue 8-May-2007 12:00
Posted by:mamazieza  - [Link]
Thanks Mamazieza for your concern. Nampaknya Rayyan dah ok, cuma tulah dia still kurang nak minum susu. Anak Mamazieza dah ok ke lepas operate tonsil? Husband saya pun doctor advise suruh operate, tapi tak buat2 lagi. Wed 9-May-2007 00:51
Posted by:Rfah  - [Link]
Add comment


Tuesday, 8-May-2007 01:45 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan Isi Perut Di Hard Rock Cafe

Hard Rock Cafe
Club Sandwich mama...tak best..
Cheese burger bebudak..oklah..
View all 14 photos...
Sabtu lepas, demi menghabiskan balance voucher makan2 mama ...kitorang gi lunch kat Hard Rock Cafe. Saja suka2 sebab tak pernah pergi, lagi pun makan free beb . Rezeki jangan ditolak .

Ingatkan makanannya sedap cam kat Planet Hollywood tapi rupa-rupanya hampeh . Tak sedap dan mengecewakan. Club Sandwich yang mama order tu rotinya keras ala-ala roti kering yang makan cicah air kopi. Tapi sebab dah order punya pasal..keras pun keraslah. Mama bedal aje, lagi pun dah kebulur masa tu. Sampai sakit-sakit lelangit mama dibuatnya, tercucuk-cucuk roti yang keras tu. Tak tahulah kalau kot-kot kitorang tersalah pilih menu. Tak pun may be kat sini diorg tak berapa pentingkan kualiti makanan yang disediakan, yang penting cuma life bandnya je kot. Nasib baik ler bukan duit mama sendiri yang melayang.

So Aunty Ngah, kalau rasa-rasa nak pegi Hard Rock Cafe tu...fikir-fikirkanlah ya. Kalau rasa sayang duit, gua advise tak yah lah pegi tapi kalau teringin nak mencuba ...apa salahnya .Cuma jangan order Club Sandwich & Black pepper steak yang kitorang makan tu .



Cheese Burger ni not badlah


Aunty Ngah...rasa-rasanya kenal tak rantai yg Marissa pakai tu?

Macam kenal je rantai tu...

Kan dah cakap makanan kat situ tak de la best sangat?
Tue 15-May-2007 07:04
Posted by:Auntie Ngah
Marissa jumpa rantai tu kat Klg ari tu . Kureng betullah dia ni..ari tu yo..yo..oo jer suruh org gi Hard Rock Cafe...skang baru kata tak best..cit. Tue 15-May-2007 07:45
Posted by:Rfah  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.