Want your
own Fotopage?









 
arfah's FotoPage

By: arfah esahak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Saturday, 23-Jun-2007 06:05 Email | Share | | Bookmark
Dah Grading Pun..Chaiyokkkk....

Termenung pulak mak cik ni...
Marissa mendengar instruction dgn khusyuk...
Warm up dulu...
View all 12 photos...
Tadi Marissa grading tapi mama tak pergi, papa jer yang temankan. Biasanya kitorang sefamily akan temankan Marissa tae kwon do, bagi moral support ler katakan . Si Rayyan pun bukan main suka kalau tengok orang tae kwon do...dia yang terover-over..hiii yakk...hii..yakkkk . Tapi pagi tadi mama tak pegi sebab awal sangat, kelas start pukul 8. Rayyan & Dinie pun belum bangun. Lagi pun sekarang ni mama tak sampai hatilah nak tinggalkan Rayyan kat rumah, hari kerja lainlah..memang terpaksa. Grading start pukul 10 pagi tapi bebudak ni kena datang awal sebab Master Aru nak diorang practise dulu. 2 minggu lagi baru dapat result . Tak sabar pulak rasanya nak tengok Marissa pakai yellow belt lepas ni .



Care to comment?


Wednesday, 20-Jun-2007 12:01 Email | Share | | Bookmark
I Misssssss The Good Old Days.....

Petang semalam dok bersms dgn my ex-colleague cum one of my best friend masa kat ofis lama. Sempat gak mengimbau sikit-sikit cerita dolu-dolu tu. Za...I really miss those good old days lah. Rindu sesangat lah kat Za, Cik Syam, Cik Ayu (he..he...panggilan sesama kita..ber Cik2) & tak lupa gak Cik Linda..he..he yang suka sangat menyengau-nyengaukan suaranya kalau bercakap . Teringat gak kat Farah & Tuti yang giler-giler tu especially bila tak tido malam sebab buat editing. Bilalah agaknya kita ada chance nak bergather-gather lagikan.

Kita semua sebilik kat 59 tu (kecuali Farah & Tuti) & dlm ramai2 tu Za ler yang paling rajin memasak. Bertuah kitorang semua, selalu dapat makan sedap . Lepas tu kita ni memanjang jer pegi Subang Parade, apa taknya ofis dekat dengan Subang Parade, jalan kaki pun boleh sampai. Tengahari pegi lunch kat sana lepas tu petang balik keja..meronda-ronda lagi kat sana. Macam tak pernah jemu ler, padahal kuar masuk kedai yang sama jer .

Kerja kat 59 Comm. tu best gak cuma tulah asik miss soru jer. Apa taknya, gaji memanjangggg jer lambat bayar. Mana boleh tahan cam tu kan. Walau pun kerja kat Production House memang fun tapi duit itu amat penting terutamanya untuk orang yang baru berkerja dan kuat bershopping macam saya ni . Al maklumlah masa tu baru-baru keja, otak asik pikir nak beli baju..kasut..baju..kasut... . Abih..kalau dah gaji lambat masuk of course ler bajet memanjang jer lari. Sudahnya saya yang lari dari ofis tu . Lepas tu bermulalah episod berhenti keja sorang demi sorang .

Care to comment?


Tuesday, 19-Jun-2007 03:30 Email | Share | | Bookmark

Tup..tap..tup..tap...Rayyan suspen lah papa nak jumpa doktor..
Kalau nak tengok clear..sila pilih position yg bersesuaian..
Sempat lak tuko baju..he..he..
View all 5 photos...



Tadi cilok jap kuar dari ofis sebab nak bawak Rayyan pegi Hospital Putrajaya. Ni sebenarnya utk follow up pasal bahu dia yang patah ari tu. Alhamdullih, lepas x-ray, doktor kata tak de apa-apa. Dah ok dan bahu dia yang ala2 terbonjol sikit tu akan back to normal bila dia beso. Tapi cam biasa ler Alif Rayyan, time kena x-ray tu melalak sampai berhingus .

Lepas jumpa doktor, kitorang gi makan kat Alamanda. Lepas makan sempat lagi meronggeng . Biasalah mama ni, pantang ada kesempatan sure nak mengulor punye .

Aiyoo itu lambut sudah banyak panjang oooo...bila mahu potong??

comelnye dia... Tue 19-Jun-2007 08:43
Posted by:Bonda/RaqynRafiqin  - [Link]
ehem..mama rayyan u look chubby...hahahahah Wed 20-Jun-2007 00:07
Posted by:een eenez@yahoo.com
Bonda : Salam perkenalan . Tulah dia hero saya.
Een: Huarghhhh....memang ler skang muka I teramattttt chubby..selera jer...aiyoooo
Wed 20-Jun-2007 00:58
Posted by:Rfah  - [Link]
Add comment


Tuesday, 19-Jun-2007 02:30 Email | Share | | Bookmark
Pika & Co Melepak @ Starbucks

Team bola papa...
3 orang jer yer:)
Jemput..jemput...mari minum...
View all 4 photos...
Last nite we ols melepak-lepak kat Starbucks. Actually mama & papa ada super duper important things to do (biarlah rahsia. ). Kalau tak, tak de mananya kitorg nak melepak-lepak hari bebudak sekolah ni.

Tapi tulah sejak si Rayyan ni suka bertatih...letih mama dibuatnya, langsung tak nak duduk diam. Berapa roundlah gamaknya semalam mama tawaf Starbucks sebab melayankan Si Rayyan .

Care to comment?


Monday, 11-Jun-2007 06:30 Email | Share | | Bookmark
Cheesy Fried Spiral

 


Resepi yang mudah dan enak ni mama dapat dr fotopages Rinnchan, thanks Kak Rinn for sharing this recipe. Of course ler mama mengganda-gandakan bahan-bahan yang digunakan sebab mama masak banyak ari tu. Zharif & adik-adiknya ada so kenalah masak lebih. Budak-budak tu bukan main suka lagi, siap tak cukup .

Resepi ni mama copy & paste jer dr FP Rinnchan

CHEESY FRIED SPIRAL
Ingredients:
100gm sipral (Any pasta would do), boiled till softened
2 tblspn butter
1 onion, chopped
2 cloves garlic, chopped
1/2 tspn blackpepper
1/4 tspn whitepepper
1 tblspn oyster sauce
1 tomato, cubed
2 sausages, sliced thinly
10 med size prawns
carrot, cubed
red & green capsicum
2 slices cheese (any cheese would do)
salt to taste

Method:
1. Heat up butter and stir fry onion and garlic till fragrant.
2. Add in black and white peppers.
3. Add in oyster sauce. If it gets dry, add a little water.
4. Add in cubed tomatoes. Let it soften a bit, then chuck in sausages and prawns.
5. Shred the cheese slices a bit and add into the mixture. When it melts, chuck in the vege and capsicum.
6. Finally, put in the spiral and salt to taste. Ready to serve !!

Ummmmm...sedap tu. Masakan yg mudah mcm ni mmg sesuai bila ada orang datang umah ramai2...TQ sudi mencuba !!! Fri 22-Jun-2007 08:24
Posted by:rinnchan  - [Link]
Saya memang suka resepi-resepi camni, mudah dan yang penting sekali sedap. Thanks Kak Rinn sebab tak lokek berkongsi resepi. Mon 2-Jul-2007 03:40
Posted by:Rfah  - [Link]
Add comment


Saturday, 9-Jun-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
S For Saturday..S For Shopping...

 
 
 
View all 18 photos...



Sabtu akan sepi bagi mama kalau memerap jer kat rumah tak ke mana-mana..chewah cam poyo jer ayat . Tu sebenarnya nak menunjukkan betapa mama ni suka merayap terutama sekali ke shopping-shopping complex..window shopping & sudah semestinya kalau dapat bershopping lagilah seronok . Nasib baiklah papa ni memahami dan melayan gak kerenah mama walau pun kekadang tu bising gak, sayangggggg papa Ada unsur-unsur membodek yang amat maksima tu supaya boleh kuar selalu .

So Sabtu lepas kitorang ke KLCC sebab mama nak cari baju....baju lagi Yelah orang perempuan kan, kalau asik pakai baju yang sama jer boring gak. Lagi satu, bila ada baju baru at least ari Isnin ada ler motivasi nak pegi keja...semangat wei ...satu lagi ayat yang poyo (alasan jer tu sebenarnya). Tapi sebelum gi KLCC, kitorang gi Bangi rumah Pak Itam. Ingatkan saja-saja ajak makan, ropa-ropanya celebrate birthday Fendi yang ke 30. Pak Enal dan keluarga pun datang gak dari Kluang. Lepas makan barulah kitorang ke KLCC pulak. On d way ke KLCC, hujan lebat sepanjang jalan. Suspen dah mama, apa taknya kalau banjir KL...harus tergendala rancangan mama. Sampai jer KLCC, ronda-ronda...beli apa-apa yang patut dan tak patut kemudian makan lak kat Nando's...makan lagi...sungguh banyak tul ruang-ruang dalam perut kami sekeluarga ni . Sampai kedai-kedai nak tutup barulah kitorg balik.


Care to comment?


Thursday, 7-Jun-2007 01:45 Email | Share | | Bookmark



Dua tiga hari ni mama rasa missssss sangat kat Ibu Tok & Ayah Tok, tuhan jer yang tahu perasaan tu .

Rinnchan: Ibu tok & Ayah tok tu sebenarnya my parents, dah terbiasa guna panggilan tu sejak ada anak ni
Een : Miss u too. Best ker pegi Sydney?
Mon 11-Jun-2007 04:23
Posted by:Rfah  - [Link]
jln2 komfem la best..haha.. tp mhl gak kat sane... kopak... Mon 18-Jun-2007 09:03
Posted by:een eenez@yahoo.com
He..he.. x pe Een..sekali sekala kopak...yg penting merasa gak pegi sana.. Wed 20-Jun-2007 01:37
Posted by:Rfah  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 6-Jun-2007 12:53 Email | Share | | Bookmark
Cuti-Cuti Balik KB from 31 May - 4 June 2007

Kalau tak silap nama kuda ni Siska..glamer ok nama kuda-kuda ni
Masuk kandang kambing
jgn lupa mengembek yer...mbekkkk
View all 6 photos...




Seperti biasa, cuti sek tak ke mana-mana, balik KB je. Bebudak ni memang suka kalau balik kampung. Aktiviti diorang memang ler padat, macam-macam projek dibuatnya. Asal petang jer, papa akan jadik kapten bola . Marissa, Dinie & semua cousin-cousinnya pun sama naik semangat main bola. Mama pulak jadik tukang tengok jelah. Al maklumlah kan kat rumah PIL mestilah bersopan santun sikit, tak kanlah nak terkinja2 pulak. Kang kalau dah sama naik main bola harus ilang keayuan mama . Silap-silap ari bulan, mama yang over .

Ari tu sempat gak kitorang singgah rumah Papa Soh. Dah makin bertambah kuda-kuda yang Papa Soh bela. Kalau tak silap, dulu cuma ada 2..3 ekor je tapi sekarang dah dekat 7 ekor. Mama dan papa doakan semoga berjayalah projek kuda Papa Soh ni. Marissa pun sempat gak jumpa abang angkat dia (Mat Stokin) kat rumah Papa Soh.


Care to comment?


Tuesday, 29-May-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark



Ayah turns 61 today.
May Allah bless you with good health and many more birthdays.

Mamazieza : Terima kasih bebanyak yer atas ucapan tu .
Een : Sabor yer Een. Skang ni pulun study yer. Nanti ujung tahun u bercutilah puas-puas bila balik sini. Belikan hadiah apa besday ayah?
Tue 5-Jun-2007 01:17
Posted by:Rfah  - [Link]
Hadiah paling bermakna bagi seorang ayah dari seorang anak adalah doa akan kesejahteraannya di dunia dan akhirat..Kakrinn pun tumpang gembira kerana Rfah masih punya ayah utk dikasehi dan disayangi..ayah kakrinn dah lama tiada...Gembirakanlah hatinya selagi ada hayat.. Wed 6-Jun-2007 02:00
Posted by:rinnchan
Terima kasih Kak Rinn atas kata-kata tu . Wed 6-Jun-2007 02:12
Posted by:Rfah  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 28-May-2007 02:00 Email | Share | | Bookmark
Bread N Butter Pudding

 


Puding ni mama buat ari tu sebab ramai tetamu kecil kat rumah. Ala bukan sesiapa pun sebenarnya, Zahirah adik beradik je. Bebudak biasalah, lepas pulun bermain, pulun makan pulak. Nak buat Brownies, tak de coklat...nak buat muffin, tepung ciput. Tengok-tengok ada roti, apa lagi berBread & Butter Pudding ler kitorang petang tu. Selalunya kalau buat pudding ni mama letak kismis tapi petang tu mama gantikan kismis dengan choc chip. Bukan apa, bebudak ni kalau kismis diorang tak suka.

Resepi ni sebenarnya mama dapat dr majalah Women Weekly tapi mama dah ubah suai sikit. Selalunya kalau buat pudding ni mama suka sangat bau cinnamonnya. Semerbak satu dapur dengan bau cinnamon tapi disebabkan ari tu mama buat untuk budak-budak, mama pun tak letaklah cinnamon.

Bread N Butter Pudding

Bahan-Bahannya
7 keping roti (mama guna 8 keping)
Butter (agak-agaklah, untuk disapu pada roti)
100 gm gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cinnamon powder (optional)
Sedikit garam
550 ml susu cair (mama guna satu tin jer sebab tu jer yang ada ari tu )
Kismis (mama gantikan dgn choc chip)

Cara membuatnya
Sapukan butter pada kedua-dua bahagian roti & susun dlm bekas.
Pukul telur & gula. Kemudian masukkan susu cair, garam, essen vanilla. Seterusnya curahkan bancuhan tadi pada roti. Jangan lupa taburkan choc chip. Biarkan dulu selama 15 minit. Setelah itu bolehlah dibakar selama 30 minit pada suhu 180 c.


Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.